03 September 2009

sajak untuk makhluk asing

kaudatang tanpa dipanggil
sekarang jangan pergi
nanti aku ternanti-nanti.


kini aku pergi
supaya kau tak datang
lagi.


(tapi, bayangmu tetap
kusetubuhi selalu).

jebatsari
2008-030809

18 Ogos 2009

aku hampir mati karena cinta (gelap)


(i)

kulihat watak kekasih melangkah pergi
tanpa menoleh aku - terpinga di pinggir pentas
siapakah watak pengganti?
sedang sandiwara rancak berlangsung.

dalam samar lanskap pentas, terkesan aku
kilau belati di belakang tangannya
jantung akukah yang ditikam?
sedang darah tiada setitik menghempas
walau sakitnya, pedih menghiris nadi
ahhh,
mengapa semua mata buta memandang
tidakkah nampak akan ngilu derita ini?


ii)

sedar-sedar aku di perbaringan tenat
kesiuran helahku dilarikan sepupuk cinta
betapa aku dijerut kesimpulan tragedi percintaan
di pentas sandiwara berdrama lakonan
bersalin watak wajah tetap sama.
ahh,
akukah pelakon licik yang terperosok
dalam perangkap sendiri?


iii)

datang watak isteri dengan wajah pucat cinta
memapah aku menjauhi pentas yang dulu milik aku
pentas masih kekar, seorang aku takkan kekal
tak mungkin lagi bergumal dengan skrip romantis
kala usia kian patah diratah zaman.


jebatsari
shah alam - bandar raya anggerik renantanda.

05 Ogos 2009

cinta sendiri-sendiri



kauhadir dengan senyuman
bukan untukku.

aku sambut
aku tatang.

kaupergi tanpa lambaian
tanpa menoleh aku (di sisi).

aku biar
aku pasrah.


berdarah hati.



jebatsari
080709
bandar raya anggerik.

04 Ogos 2009

tidak sempat menjadi penakut.

kau rampas laung protesku
mengheretku jauh, jauh
dari gelanggang juang
ke balai tinggi pagarnya
mengharapkan aku lupa
pada jerih pedih teman menepis pahit asap
pada letih kaki diperhambat belantan.

argghhh,
jalan terus!

tuan,
kembalikan aku ke jalan raya
sebelum kekal sebagai bacul
biar aku tumpas di medan jerit
supaya serik menjadi berani.

bukankah itu
mahumu?




jebatsari
010809
black maria wdx420
lrt belakang sogo.

03 Ogos 2009

Ini Sajak Aku


leraikan aku
dari ikatan ini.

tali ini
bertemali warisan penjajah
yang kaurunding dulu
dengan tangan bebas
minda kemas, terikat.

tergamak kau
menandatangani keberanian
menjerut segenap urat kemarahanku.


betapa,
ketakutanku
telah kau simpul mati.




jebatsari
shah alam

08 Julai 2009

diskusi antalogi cerpen 'cerita gelisah'


Panel Satu: Sohaimi A Aziz (Pensyarah USM)
Panel Dua : Adi Alhadi (Penulis Gila-Gila dan Mat Romeo)
Moderator: jebatsari

Masa : 10 pagi - 12 tengah hari.
Lokasi: Rumah Pena.
Tarikh: 11 Julai 2009

Cerita Gelisah, terbitan esastera memuatkan 15 cerpen siber karya kalamutiara, roslan jomel dan naimisa.

* anjuran esastera kuala lumpur

25 Jun 2009

sajak 1jenaka tentang konsep 1malaysia.

!!!!!

e
s
g
n
a
b
melayu
cina bangsat
india bangsat